Tuesday, September 4, 2012
Wednesday, August 15, 2012
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA UMUR 2 – 4 TAHUN
Pada usia kanak – kanak 2 – 3 tahun , mereka suka main olok – olok seperti main masak – masak , menyuap anak patung dan boleh berimaginasi sesuatu blok sebagai kereta dan keretapi . Selain itu , mereka boleh menghasilkan rekaan sendiri menggunakan alat mainan . Mereka juga suka bertanya banyak soalan itu dan ini serta suka cerita yang penuh dengan unsur fantasi . Mereka boleh menghasilkan muzik menggunakan objek yang terdapat di taska dan boleh menghasilkan kad rekaan sendiri dengan bimbingan guru contoh kad hari ibu , kad raya dan sebagainya . Kanak – kanak pada usia ini juga sudah boleh membentuk pupet jari dengan bimbingan dan bercerita secara kreatif .
Pada tahap peringkat umur 3 – 4 tahun , kanak – kanak boleh menghasilkan sesuatu ciptaan melalui pelbagai bentuk , tekstur , warna dan medium . Selain itu , mereka boleh bercerita semula menggunakan kreativiti sendiri dan boleh melahirkan idea dalam bentuk gambar . Kanak – kanak juga boleh memilih prop yang sesuai untuk mainkan sesuatu peranan dan melakonkan peranan tertentu seperti ahli keluarga . Disamping itu , mereka juga sudah boleh mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru contohnya warna putih dicampurkan warna hitam akan menghasilkan warna kelabu . Mereka pada usia ini juga boleh memilih alat , bahan , dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu juga boleh melakonkan peranan tertentu seperti guru , doktor dan pesakit dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk melakonkan peranan tertentu .
KEPENTINGAN AKTIVITI DAN KREATIVITI DALAM PERKEMBANGAN KANAK – KANAK
Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak – kanak . Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak - kanak menyampaikan perasaan , kerja dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara . Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir . Misalnya , selepas melukis kanak - kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka , mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan , bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka .
Isernberg ( 2001 ) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran . Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak - kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan , cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa , serta membantu kanak - kanak untuk membantu kanak - kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka .
Kreativiti dan estetika terbahagi kepada lima bahagian iaitu :
LUKISAN DAN KRAF
Objektif Atau Hasil Pembelajaran
Menghasilkan lukisan dan kraf tangan :
Berdasarkan objektif ini , kanak - kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan , corak dan garisan pada sesuatu permukaan . Tujuan supaya mereka mampu memahirkan motor halus mereka . Kanak - kanak juga boleh mengetahui warna dan membezakan warna apabila terlibat dengan pelbagai aktiviti mewarna . Selain membantu mereka mencurahkan idea ke saluran yang tertentu , mereka boleh mencurahkan perasaan mereka dalam bentuk lukisan dan sebagainya . Beberapa hasil pembelajaran yang ingin di capai adalah untuk :
- Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan .
- Membuat garisan dan rupa bentuk .
- Melukis warna dan mewarna dalam ruang tertentu .
- Mengenal dan membezakan warna .
- Menyatakan idea dan menceritakannya .
- Menggunakan pelbagai bahan secara kreatif dalam rekaan pelbagai kraf untuk pembentukan , binaan , ukiran , guntingan dan lipatan , tampalan ataupun kolaj .
Bagi mencapai semua matlamat yang diinginkan di atas , maka beberapa aktiviti boleh dijalankan . Contohnya :
- Membuat lukisan percikan bunga api .
- Mengecap, melukis dan mewarna .
- Melukis secara bebas contohnya melukis gambar keluarga , diri dan benda - benda yang dilihat di sekeliling .
- Menguli doh untuk mereka bentuk arca , membina blok membentuk bangunan tertentu , membuat lipatan burung , kipas , sampan dan lain - lain lagi .
- Membuat kolaj daripada pelbagai bahan seperti kain , daun , bunga , kertas , bijirin , kekacang , polisterin dan sebagainya . Aktiviti ini boleh dilanjutkan , misalnya kolaj daun yang telah ditampal , boleh dilabelkan mengikut saiz .
BAHAN WARISAN DAN BUDAYA
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, komponen ini sangat perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak – kanak . Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam di dalam jiwa kanak -kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga generasi akan datang . Kandungan pengajaran waraisan budaya merangkumi :
- Menyambut perayaan masyarakat Malaysia .
- Mengenali pakaian tradisional masyarakat Malaysia .
- Menghayati lagu dan muzik tradisional .
- Mengenali Permainan tradisional .
- Menyatakan idea dan menceritakannya .
- Mengenali kraf dan peralatan tradisional .
Objektif warisan budaya adalah untuk mengenalkan kanak – kanak kepada masyarakat Malaysia disamping memahami budaya dan kepercayaan mereka . Tujuan mengenali pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia adalah untuk mewujudkan sifat faham memahami antara kaum . Dengan ini , maka rasa percaya dan hormat menghormati akan wujud di Malaysia . Misalnya , dengan tarian tradisional seperti zapin , tarian singa dan tarian hindu sesuatu kaum . Beberapa cara boleh dijalankan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran warisan budaya , antaranya :
- Memakai pakaian tradisi ketika perayaan tertentu .
- Sediakan suatu sudut tema yang kreatif dengan mempamerkan pakaian , alatan atau gambar - gambar yang menunjukkan sesuatu perayaan .
- Bermain permainan tradisional seperti galah panjang , congkak , teng – teng , batu seremban ,dan lain – lain lagi .
- Mengumpul gambar – gambar yang berkait rapat dengan alat muzik tradisional dan membuat buku skrap .
- Membuat lawatan ke muzium dan pusat kraf tangan
- Mengadakan sesi muzik yang menggunakan alatan muzik tradisional .
PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN ALAM
Komponen ini diambil kira bersama kerana keindahan alam sekitar sememangnya memberi idea yang cukup banyak untuk seseorang berkarya , bukan sahaja kepada orang dewasa malah kepada kanak – kanak .
KANDUNGAN KOMPONEN PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN ALAM
Kandungan bagi komponen ini adalah :
1) Mengenal dan mengecam keadaan alam dengan menggunakan deria .
Kanak-kanak boleh mengenal dan mengecam keadaan alam sekitar dengan menggunakan deria menggunakan deria . Misalnya dengan melihat sendiri warna dan bentuk di persekitaran , mereka mendapat pengalaman pertama tentang keindahan semula jadi .
2) Menunjukkan rasa ingin tahu mengenai perubahan yang sentiasa berlaku di persekitaran .
Misalnya mereka boleh nampak daun muda berwarna hijau , kemudian layu menjadi warna kuning dan akhirnya mati menjadi warna coklat .
3) Menyatakan perasaan diri terhadap unsur – unsur keindahan alam secara lisan dan perlakuan .
Kanak - kanak boleh menggambarkan kegembiraan mereka merasai pengalaman dengan persekitaran dengan menceritakan semula apa yang mereka peroleh daripada persekitaran . Mereka boleh menyanyi lagu - lagu tertentu seperti lagu lagu " Tanya sama pokok ".
4) Bercerita tentang pelbagai kegunaan alam sekitar .
Penerokaan alam sekitar tidak terhenti dengan melihat alam sekeliling sahaja , tetapi lebih bermakna sekiranya kanak - kanak diberi peluang pula untuk menceritakan pengetahuan mereka bersama rakan - rakan dan orang dewasa . Ini penting bagi menggalakkan kemahiran berbahasa mereka . Malah bercerita boleh memupuk rasa yakin dalam diri kanak – kanak .
5) Menyatakan mengapa harus bersyukur kepada Tuhan .
Rasa bersyukur kepada Tuhan boleh dipupuk ke dalam jiwa kanak - kanak dengan meneroka alam sekitar mereka . Kanak - kanak digalakkan berfikir dengan melihat alam semula jadi dan mereka perlu diberitahu setiap sesuatu yang ada di sekeliling mereka pada Pencipta.
6) Mewujudkan keceriaan dan keindahan alam sekitar .
Ini menggalakkan mereka untuk menghargai alam sekeliling mereka . Oleh itu , secara tidak langsung kanak – kanak akan berinisiatif untuk menjaga kebersihan alam sekeliling mereka . Beberapa aktiviti yang boleh digalakkan adalah seperti gotong – royong .
DRAMA DAN PUISI
Alam kanak – kanak penuh dengan imaginasi , mereka suka meniru dan melakonkan semula watak – watak yang mereka perhatikan disekitar mereka . Lakonan juga mampu menggalakkan mereka berkomunikasi dan belajar bermain peranan . Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk aspek ini adalah seperti bermain boneka , bermain masak – masak , melakonkan watak binatang , contohnya dalam lagu “ Bangau Oh Bangau ” , menyampaikan pantun , menyampaikan puisi dan sebagainya .
MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM MAIN PERANAN MENGIKUT IMAGINASI .
Sememangnya sifat semula jadi kanak – kanak suka bermain dan suka terlibat dengan aktiviti yang menyeronokkan . Oleh itu , aktiviti yang melibatkan kanak – kanak boleh bermain peranan adalah sangat digalakkan kepada mereka .
Proses ini penting kerana ia melibatkan pemikiran . Kanak - kanak juga belajar dengan meniru jadi wujudnya aktiviti main peranan membolehkan mereka memahami funsi dan peranan individu sekitar mereka seperti peranan ayah , ibu , adik , abang dan lain - lain yang disignifikan dalam hidup mereka .
MELAHIRKAN PERASAAN MELALUI LAKONAN DRAMA DAN BACAAN PUISI
Melalui drama kanak - kanak bebas untuk melahirkan perasaan mereka . Melakonkan cerita tertentu membantu mereka memahami cerita yang ingin disampaikan dengan lebih mudah , kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut . Selain itu , kanak - kanak merasa mereka di beri kepercayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka . Ini memupuk rasa tanggungjawab dan penghargaan kendiri kanak – kanak .
Kanak - kanak mudah belajar apabila mereka dapat mendengar perkataan yang mempunyai bunyi yang sama , malah mereka seronok pula mengulang - ulang sesuatu perkataan tersebut . Jadi puisi dan pantun merupakan rangkap - rangkap ayat yang mudah untuk dibaca .
MENUNJUKKAN SEMANGAT KERJASAMA DALAM PERSEDIAAN DAN PERSEMBAHAN
Aktiviti drama selalunya melibatkan pelbagai tahap . Pemilihan pelakon , penghafalan dialog , memilih kostum yang bersesuaian , menyediakan pentas , mengadakan latihan dan sebagainya untuk memberi peluang kepada guru dan kanak – kanak bekerjasama .
Ia juga boleh boleh menggalakkan komunikasi sosial antara kanak – kanak . Kanak - kanak juga bangga sekiranya mereka dapat menunjukkan bakat mereka kepada ibu bapa mereka . Ini menanam semangat berani mencuba dan yakin diri .
MEMBUAT GERAK BADAN BERDASARKAN MUZIK YANG ADA KAITAN DENGAN CERITA YANG DIDENGAR
Melalui cara ini kanak - kanak berpeluang menikmati cerita dan mereka boleh beraksi mengikut kreativiti mereka sendiri .
MUZIK , NYANYIAN DAN PERGERAKAN
Kanak-kanak mudah mengingati sesuatu dengan nyanyian kerana nyanyian mempunyai rentak tertentu yang mudah , menarik perhatian kanak – kanak . Kanak - kanak juga tidak betah duduk lama , jadi melalui komponen ini , kanak -kanak berpeluang untuk menyampaikan perasaan dengan menyanyi lagu - lagu kanak - kanak yang mudah seperti lagu " Rama-Rama ", bermain alat muzik seperti gendang , recorder , kompang , membuat pergerakan kreatif seperti menari , menyanyi sambil beraksi .
KREATIVITI DAN ESTETIKA
DEFINISI KREATIVITI DAN ESTETIKA
Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli . Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi , penerokaan dan hubungan baru . Sementara itu , estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia . Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak - kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna , melukis , bentuk , saiz , bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan . Malah aktiviti seni juga membantu kanak - kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur , menghidu bahan dan mendengar bunyi .
Thursday, August 9, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Tokoh Muzik Edwin Gordon
PENGENALAN
Edwin E. Gordon seorang tokoh yang dikenali di seluruh dunia sebagai seorang penyelidik , penulis , editor dan pensyarah dalam bidang pendidikan muzik . Sejak tahun 1997 , beliau telah menjadi seorang profesor yang terkenal di University Of South Carolina .
Edwin Gordon telah berjaya menghasilkan beberapa ujian muzik seperti Music Aptitude Profile dan Primary Measures Of Music Audiation untuk menentukan tahap kebolehan muzik yang sedia ada pada diri seseorang .
Selain itu , Dr. Gordon telah memberikan penekanan terhadap pendidikan muzik kepada kanak – kanak prasekolah dalam jangka masa yang lama . Beliau merupakan salah seorang penulis yang amat disegani kerana kebolehan beliau dalam ujian muzik serta mengarang beberapa buah buku , artikel dan monograf penyelidikan .
Akan tetapi , sebelum beliau melibatkan diri secara serius dalam bidang penyelidikan psikologi muzik , beliau terlebih dahulu memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam persembahan bass di Sekolah Muzik Eastman . Selepas beliau berjaya memperolehi ijazah sarjana dan ijazah sarjana , beliau telah menyertai kumpulan muzik Gene Krupa dan bermain bass string sebelum beliau melanjutkan pelajaran Ph.D. di University of Lowa pada tahun 1958 .
Edwin Gordon yang pernah bertugas di Temple University di Amerika Syarikat adalah merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal di Amerika Syarikat . Beliau telah banyak menjalankan penyelidikan tentang potensi yang sedia ada pada seseorang individu untuk mempelajari muzik . Beliau telah melakukan penyelidikan awal semasa beliau mengetuai program muzik di The School Of Music , Universiti Lowa , Amerika Syarikat.
Edwin telah menggunakan pendekatan yang berasaskan kepada hasil sesuatu penyelidikan dalam jangka masa yang panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah . Pendekatan yang telah diperkenalkan oleh Gordon ini bercorak lebih formal berbanding dengan pendekatan yang digunakan oleh Dalcroze, Orff, Suzuki, atau Kodaly yang lebih berdasarkan falsafah masing-masing .
TEORI PEMBELAJARAN MUZIK
Teori pembelajaran muzik adalah suatu pembelajaran yang melibatkan cara kita belajar ketika belajar muzik. Di dalam teori Edwin ini lebih memberi penekanan pembelajaran secara berperingkat-peringkat. Teori ini digunakan melalui lapan peringkat kemahiran muzik dalam dua kategori asas iaitu diskriminasi dan inferens.
Dalam kategori diskriminasi, murid akan mempersembahkan satu tugasan muzik yang sama contohnya dengan apa yang ditunjukkan oleh guru. Proses ini dijalankan melalui lima kemahiran iaitu yang pertama ialah oral / aural. Oral atau aural melibatkan kanak-kanak belajar untuk mendengar dan melihat corak bunyi muzik yang dinyanyikan guru dengan suku kata yang mudah. Seterusnya ialah kesatuan lisan yang dapat dilihat melalui nyanyian guru dengan suku kata yang ada corak irama yang sama dengan peringkat oral. Selepas murid mendengar nyanyian guru, mereka akan mengikut dan menyanyikan semula corak irama tersebut dalam tindak balas echo. Di dalam kemahiran sebahagian sintesis, corak bunyi dan irama muzik yang hampir sama akan dikumpulkan di dalam setiap irama. Kemahiran seterusnya ialah kesatuan simbol yang melibatkan guru menunjukkan kepada murid tentang corak bunyi yang hampir sama dalam notasi berirama. Pada kemahiran yang terakhir dalam kategori ini ialah gabungan sintesis yang melatih dan mendidik murid untuk faham notasi muzik dalam menyanyikan sesebuah lagu.
Bagi kategori kedua ialah inferens ataupun kesimpulan yang mengandungi corak yang tidak dikenali oleh murid dan akan diperkenalkan dalam kelas pengajaran melalui tiga kemahiran dalam muzik. Kemahiran yang pertama ialah kesimpulan umum yang melibatkan murid untuk membandingkan muzik yang tidak dikenali dengan muzik yang pernah murid pelajari sebelum ini melalui note. Seterusnya kemahiran kedua ialah kreativiti atau improvisasi. Dalam kemahiran ini, murid akan mempersembahkan corak bunyi yang berbeza dari kelas pembelajaran tetapi berkait dengan corak yang dipersembahkan oleh guru. Bagi kemahiran yang terakhir dalam kategori ini iaitu pemahaman teori, murid akan menyoal dan mempertimbangkan mengapa muzik adalah muzik, tetapi aplikasi umum adalah teori muzik.
Selain itu , beliau juga telah memperkenalkan dan memberikan keutamaan kepada prinsip “bunyi sebelum simbol” yang lebih menekankan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan . Bagi Gordon , pembelajaran muzik yang baik akan berlaku jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang dikenali sebagai ‘audiation’ . Audiation merupakan satu proses mental yang membolehkan seseorang individu “mendengar” muzik dalam akal fikiran tanpa merujuk kepada mana-mana bunyi yang dihasilkan secara fizikal ( getaran bunyi ) .
Dengan ini , punca bunyi dalam audiation adalah daripada akal fikiran sendiri dan bukan daripada faktor persekitaran fizikal . Dalam pendekatan yang diperkenalkan oleh Edwin Gordon , bahan dan strategi telah diatur secara berperingkat – peringkat mengikut teori – teori pembelajaran kontemporari . Pendekatan ini juga memberikan penekanan kepada aspek kognitif yang boleh membantu pelajar untuk membezakan irama, meter, dan juga tonality atau kualiti nada ( major , minor , dan mode seperti Dorean dan Mixolydian ) selain bernyanyi, bermain alat-alat muzik, membaca notasi muzik, dan menghayati muzik .
Audiation merupakan satu proses kognitif yang melibatkan otak yang membantu untuk memberi maksud tentang pelbagai muzik . Selain itu , audiation juga adalah asas kepada pembelajaran muzik . Ini juga merupakan satu teknik yang mampu memotivasikan pelajar untuk belajar dengan cara mendengar dan memahami apa yang diajar oleh guru .
Di samping itu , dengan menggunakan proses audiation , pelajar dapat meningkatkan kemampuan dan pemahaman serta kepekaan pada melodi , interval , ritma dan irama , tona yang merupakan satu asas pengetahuan kepada pelajar untuk dapat belajar secara kreatif sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai .
Dalam proses yang diperkenalkan oleh Gordon ini , pelajar akan diperdengarkan lagu – lagu yang dipasang melalui kaset atau VCD . Melalui cara ini , pelajar mampu mempertingkatkan pemahaman dan kepekaan terhadap melodi interval , ritma dan irama , tona dan rasa harmoni .
Dalam teori pembelajaran muzik Edwin Gordon ini, Kandungan Pembelajaran Bersiri juga ada digunakan melalui pembelajaran yang melibatkan tonal dan ritma. Tonal merupakan corak bunyi dalam salah satu bahagian dalam melodi dan irama. Di samping itu, tonal juga adalah perubahan corak bunyi note dalam satu bahagian melodi ataupun irama. Tonal mempunyai dua atau lebih corak bunyi dan ianya membantu perkembangan atau perubahan harmonik dalam corak bunyi.
Ritma pula adalah pola irama dalam kelajuan biasa. Ritma mempunyai perubahan kelajuan atau tempo dalam salah satu bahagian melodi samada dua atau lebih bahagian melodi dalam tempoh yang sama ataupun tempoh berbeza.
KEBOLEHAN MUZIK
Semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai kekurangan dan kelebihan masing – masing . Setiap kelebihan yang kita miliki haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya . Teori Pembelajaran Muzik merupakan satu teori yang unik dan berbeza daripada kaedah – kaedah yang lain untuk pengajaran secara langsung bagi mengenalpasti potensi pelajar yang berbeza – beza dalam muzik .
Secara keseluruhannya , pelajar yang mempunyai kebolehan diajar dengan lebih banyak isi atau kandungan yang menggunakan gaya suara dan irama berbanding pelajar yang lemah manakala pelajar yang berkebolehan tinggi belajar lebih banyak input daripada purata pelajar yang berkebolehan .
Apabila guru mengetahui setiap kemampuan ataupun potensi seseorang pelajar dan melaksanakan proses pengajaran dengan cara yang berbeza – beza , ini lebih memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan . Perkara ini amat penting bagi menentukan kebolehan pelajar berdasarkan tingkat penguasaan yang berbeza dalam memainkan alat muzik .
Kebolehan muzik seseorang pelajar itu dapat diukur dengan melaksanakan ujian kebolehan muzik yang sah . Dalam ujian kebolehan muzik ini , guru akan membuat penilaian kepada bakat seseorang pelajar dalam pencapaian muzik tersebut bukannya dinilai pada potensi untuk mencapai kebolehan muzik itu . Ujian kebolehan muzik yang dilaksanakan ini dapat membantu guru untuk memenuhi keperluan unik setiap pelajar samada pelajar itu sememangnya mempunyai bakat ataupun tidak . Edwin Gordon telah menyediakan lima jenis ujian kebolehan muzik dan guru boleh membuat pilihan untuk menjalankan ujian tersebut .
Perkembangan kebolehan muzik berlaku sejak bayi lahir lagi yang berlaku secara semula jadi tetapi ianya boleh berubah – ubah hingga kanak – kanak berusia 9 tahun mengikut jenis dan pengalaman muzik yang kanak – kanak itu lalui . Jenis dan pengalaman ini melibatkan faktor persekitaran kanak – kanak itu sendiri contohnya jika kanak – kanak itu sememangnya dilatih bermain piano sejak kecil , dia hanya akan mahir dengan alat muzik piano sahaja . Selepas usia 9 tahun , seseorang individu itu tidak mampu mencapai tahap perkembangan kebolehan muzik.
METODOLOGI
Metodologi adalah salah satu kaedah yang diperkenalkan oleh Gordon dalam kurikulum bagi mencapai objektif dan matlamat secara menyeluruh . Selain itu , kaedah ini merupakan alternatif yang baik untuk memberitahu pelajar apa yang diajar , bila perkara itu diajar ,dan kenapa sesuatu perkara itu diajar kepada mereka . Teori pembelajaran muzik yang diperkenalkan oleh Edwin Gordon ini merupakan kaedah yang komprehensif kepada guru – guru untuk mereka mengajar kemahiran audiation .
URUTAN
Kaedah pengajaran secara urutan juga diberi penekanan oleh Edwin dalam konsep beliau . Kaedah pengajaran muzik yang dikategorikan sama ada secara hafalan pertama ataupun nota pertama . Teori pembelajaran muzik mempunyai ciri – ciri persamaan dengan kaedah hafalan pertama yang diperkenalkan oleh tokoh – tokoh seperti Suzuki, Dalcroze, Kodaly dan Orff .
Melalui kaedah pembelajaran secara urutan , pelajar dapat membina asas yang kukuh pada kemahiran awal dan persembahan melalui nyanyian , pergerakan berirama , dan corak yang menggunakan gaya suara dan irama sebelum mereka diperkenalkan kepada notasi dan teori muzik . Ini adalah kerana , dalam proses kanak – kanak belajar bercakap , mereka bermula dengan mendengar . Demikian juga sejak mereka lahir , mereka telah tersedia dikelilingi dengan bunyi bahasa . Bayi akan menyerap bunyi dan akan terbiasa dengan bahasa yang sering mereka dengar . Selepas itu , kanak – kanak akan meniru dan mula menerima pujian dan mereka digalakkan membuat “babble” walaupun apa yang mereka tuturkan tidak dapat difahami oleh golongan dewasa .
Kanak – kanak mula membentuk frasa dan ayat-ayat disusun dengan cara mereka sendiri dan ini membolehkan mereka melibatkan diri dalam komunikasi ataupun perbualan antara satu sama lain . Apabila kanak – kanak dapat berkomunikasi, langkah seterusnya mereka akan diajar untuk membaca dan menulis . Jika diperhatikan dengan teliti, teori pembelajaran muzik mempunyai persamaan dengan pembelajaran bahasa . Pelajar diajar menggunakan teori pembelajaran muzik dengan belajar membaca notasi, tetapi mereka hanya akan diajar apabila mereka mempunyai keupayaan untuk audiate atau memahami corak nota yang ditulis .
Secara kesimpulannya, teori yang diperkenalkan oleh tokoh Edwin Gordon sedikit berlainan daripada tokoh muzik yang lain kerana ianya lebih formal dan lebih kepada pengajaran dan cara murid belajar ketika belajar muzik. Di samping itu, dalam teori ini murid akan belajar secara berperingkat – peringkat dan ianya memudahkan murid untuk lebih faham dan dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru. Selain daripada itu, Edwin Gordon lebih menekankan dan mengutamakan konsep sound before symbol dan pembelajaran permainan muzik tanpa notasi terlebih dahulu. Murid akan diajar bermain muzik tanpa diajar notasi yang bermaksud simbol bertulis yang mewakili pic, jangka masa dan susunan berirama nada muzik. Selepas murid dapat bermain muzik dengan baik, barulah murid akan diajar dalam pembelajaran teori simbol muzik.
Subscribe to:
Posts (Atom)