Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak – kanak . Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak - kanak menyampaikan perasaan , kerja dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara . Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir . Misalnya , selepas melukis kanak - kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka , mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan , bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka .
Isernberg ( 2001 ) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran . Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak - kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan , cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa , serta membantu kanak - kanak untuk membantu kanak - kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka .
Kreativiti dan estetika terbahagi kepada lima bahagian iaitu :
LUKISAN DAN KRAF
Objektif Atau Hasil Pembelajaran
Menghasilkan lukisan dan kraf tangan :
Berdasarkan objektif ini , kanak - kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan , corak dan garisan pada sesuatu permukaan . Tujuan supaya mereka mampu memahirkan motor halus mereka . Kanak - kanak juga boleh mengetahui warna dan membezakan warna apabila terlibat dengan pelbagai aktiviti mewarna . Selain membantu mereka mencurahkan idea ke saluran yang tertentu , mereka boleh mencurahkan perasaan mereka dalam bentuk lukisan dan sebagainya . Beberapa hasil pembelajaran yang ingin di capai adalah untuk :
- Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan .
- Membuat garisan dan rupa bentuk .
- Melukis warna dan mewarna dalam ruang tertentu .
- Mengenal dan membezakan warna .
- Menyatakan idea dan menceritakannya .
- Menggunakan pelbagai bahan secara kreatif dalam rekaan pelbagai kraf untuk pembentukan , binaan , ukiran , guntingan dan lipatan , tampalan ataupun kolaj .
Bagi mencapai semua matlamat yang diinginkan di atas , maka beberapa aktiviti boleh dijalankan . Contohnya :
- Membuat lukisan percikan bunga api .
- Mengecap, melukis dan mewarna .
- Melukis secara bebas contohnya melukis gambar keluarga , diri dan benda - benda yang dilihat di sekeliling .
- Menguli doh untuk mereka bentuk arca , membina blok membentuk bangunan tertentu , membuat lipatan burung , kipas , sampan dan lain - lain lagi .
- Membuat kolaj daripada pelbagai bahan seperti kain , daun , bunga , kertas , bijirin , kekacang , polisterin dan sebagainya . Aktiviti ini boleh dilanjutkan , misalnya kolaj daun yang telah ditampal , boleh dilabelkan mengikut saiz .
BAHAN WARISAN DAN BUDAYA
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, komponen ini sangat perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak – kanak . Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam di dalam jiwa kanak -kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga generasi akan datang . Kandungan pengajaran waraisan budaya merangkumi :
- Menyambut perayaan masyarakat Malaysia .
- Mengenali pakaian tradisional masyarakat Malaysia .
- Menghayati lagu dan muzik tradisional .
- Mengenali Permainan tradisional .
- Menyatakan idea dan menceritakannya .
- Mengenali kraf dan peralatan tradisional .
Objektif warisan budaya adalah untuk mengenalkan kanak – kanak kepada masyarakat Malaysia disamping memahami budaya dan kepercayaan mereka . Tujuan mengenali pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia adalah untuk mewujudkan sifat faham memahami antara kaum . Dengan ini , maka rasa percaya dan hormat menghormati akan wujud di Malaysia . Misalnya , dengan tarian tradisional seperti zapin , tarian singa dan tarian hindu sesuatu kaum . Beberapa cara boleh dijalankan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran warisan budaya , antaranya :
- Memakai pakaian tradisi ketika perayaan tertentu .
- Sediakan suatu sudut tema yang kreatif dengan mempamerkan pakaian , alatan atau gambar - gambar yang menunjukkan sesuatu perayaan .
- Bermain permainan tradisional seperti galah panjang , congkak , teng – teng , batu seremban ,dan lain – lain lagi .
- Mengumpul gambar – gambar yang berkait rapat dengan alat muzik tradisional dan membuat buku skrap .
- Membuat lawatan ke muzium dan pusat kraf tangan
- Mengadakan sesi muzik yang menggunakan alatan muzik tradisional .
PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN ALAM
Komponen ini diambil kira bersama kerana keindahan alam sekitar sememangnya memberi idea yang cukup banyak untuk seseorang berkarya , bukan sahaja kepada orang dewasa malah kepada kanak – kanak .
KANDUNGAN KOMPONEN PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN ALAM
Kandungan bagi komponen ini adalah :
1) Mengenal dan mengecam keadaan alam dengan menggunakan deria .
Kanak-kanak boleh mengenal dan mengecam keadaan alam sekitar dengan menggunakan deria menggunakan deria . Misalnya dengan melihat sendiri warna dan bentuk di persekitaran , mereka mendapat pengalaman pertama tentang keindahan semula jadi .
2) Menunjukkan rasa ingin tahu mengenai perubahan yang sentiasa berlaku di persekitaran .
Misalnya mereka boleh nampak daun muda berwarna hijau , kemudian layu menjadi warna kuning dan akhirnya mati menjadi warna coklat .
3) Menyatakan perasaan diri terhadap unsur – unsur keindahan alam secara lisan dan perlakuan .
Kanak - kanak boleh menggambarkan kegembiraan mereka merasai pengalaman dengan persekitaran dengan menceritakan semula apa yang mereka peroleh daripada persekitaran . Mereka boleh menyanyi lagu - lagu tertentu seperti lagu lagu " Tanya sama pokok ".
4) Bercerita tentang pelbagai kegunaan alam sekitar .
Penerokaan alam sekitar tidak terhenti dengan melihat alam sekeliling sahaja , tetapi lebih bermakna sekiranya kanak - kanak diberi peluang pula untuk menceritakan pengetahuan mereka bersama rakan - rakan dan orang dewasa . Ini penting bagi menggalakkan kemahiran berbahasa mereka . Malah bercerita boleh memupuk rasa yakin dalam diri kanak – kanak .
5) Menyatakan mengapa harus bersyukur kepada Tuhan .
Rasa bersyukur kepada Tuhan boleh dipupuk ke dalam jiwa kanak - kanak dengan meneroka alam sekitar mereka . Kanak - kanak digalakkan berfikir dengan melihat alam semula jadi dan mereka perlu diberitahu setiap sesuatu yang ada di sekeliling mereka pada Pencipta.
6) Mewujudkan keceriaan dan keindahan alam sekitar .
Ini menggalakkan mereka untuk menghargai alam sekeliling mereka . Oleh itu , secara tidak langsung kanak – kanak akan berinisiatif untuk menjaga kebersihan alam sekeliling mereka . Beberapa aktiviti yang boleh digalakkan adalah seperti gotong – royong .
DRAMA DAN PUISI
Alam kanak – kanak penuh dengan imaginasi , mereka suka meniru dan melakonkan semula watak – watak yang mereka perhatikan disekitar mereka . Lakonan juga mampu menggalakkan mereka berkomunikasi dan belajar bermain peranan . Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk aspek ini adalah seperti bermain boneka , bermain masak – masak , melakonkan watak binatang , contohnya dalam lagu “ Bangau Oh Bangau ” , menyampaikan pantun , menyampaikan puisi dan sebagainya .
MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM MAIN PERANAN MENGIKUT IMAGINASI .
Sememangnya sifat semula jadi kanak – kanak suka bermain dan suka terlibat dengan aktiviti yang menyeronokkan . Oleh itu , aktiviti yang melibatkan kanak – kanak boleh bermain peranan adalah sangat digalakkan kepada mereka .
Proses ini penting kerana ia melibatkan pemikiran . Kanak - kanak juga belajar dengan meniru jadi wujudnya aktiviti main peranan membolehkan mereka memahami funsi dan peranan individu sekitar mereka seperti peranan ayah , ibu , adik , abang dan lain - lain yang disignifikan dalam hidup mereka .
MELAHIRKAN PERASAAN MELALUI LAKONAN DRAMA DAN BACAAN PUISI
Melalui drama kanak - kanak bebas untuk melahirkan perasaan mereka . Melakonkan cerita tertentu membantu mereka memahami cerita yang ingin disampaikan dengan lebih mudah , kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut . Selain itu , kanak - kanak merasa mereka di beri kepercayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka . Ini memupuk rasa tanggungjawab dan penghargaan kendiri kanak – kanak .
Kanak - kanak mudah belajar apabila mereka dapat mendengar perkataan yang mempunyai bunyi yang sama , malah mereka seronok pula mengulang - ulang sesuatu perkataan tersebut . Jadi puisi dan pantun merupakan rangkap - rangkap ayat yang mudah untuk dibaca .
MENUNJUKKAN SEMANGAT KERJASAMA DALAM PERSEDIAAN DAN PERSEMBAHAN
Aktiviti drama selalunya melibatkan pelbagai tahap . Pemilihan pelakon , penghafalan dialog , memilih kostum yang bersesuaian , menyediakan pentas , mengadakan latihan dan sebagainya untuk memberi peluang kepada guru dan kanak – kanak bekerjasama .
Ia juga boleh boleh menggalakkan komunikasi sosial antara kanak – kanak . Kanak - kanak juga bangga sekiranya mereka dapat menunjukkan bakat mereka kepada ibu bapa mereka . Ini menanam semangat berani mencuba dan yakin diri .
MEMBUAT GERAK BADAN BERDASARKAN MUZIK YANG ADA KAITAN DENGAN CERITA YANG DIDENGAR
Melalui cara ini kanak - kanak berpeluang menikmati cerita dan mereka boleh beraksi mengikut kreativiti mereka sendiri .
MUZIK , NYANYIAN DAN PERGERAKAN
Kanak-kanak mudah mengingati sesuatu dengan nyanyian kerana nyanyian mempunyai rentak tertentu yang mudah , menarik perhatian kanak – kanak . Kanak - kanak juga tidak betah duduk lama , jadi melalui komponen ini , kanak -kanak berpeluang untuk menyampaikan perasaan dengan menyanyi lagu - lagu kanak - kanak yang mudah seperti lagu " Rama-Rama ", bermain alat muzik seperti gendang , recorder , kompang , membuat pergerakan kreatif seperti menari , menyanyi sambil beraksi .