Terdapat dua kategori tercekik iaitu mild obstruction (tercekik separuh) dan severe obstruction (tercekik penuh). Bagi mild obtruction bayi atau kanak-kanak masih boleh bernafas dengan sendiri dan batuk secara efektif. Anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana mangsa mampu untuk mengeluarkan objek yang tercekik itu dengan sendiri. Yang anda perlu lakukan hanyalah meminta mangsa untuk membatukkan objek yang menyebabkan dia tercekik itu keluar. Jika tidak boleh segera hubungi talian kecemasan 999.
Apabila severe obstruction terjadi perkara pertama yang dilakukan adalah dengan memastikan keadaan mangsa dengan bertanya keadaannya dan kenal pasti target group mangsa anda. Jika mangsa yang tercekik adalah kanak-kanak yang berumur lebih dari 1 tahun, anda boleh bawa kanak-kanak ke atas meja atau kerusi, turun atau merendahkan badan menyamai paras kanak-kanak tersebut bagi memudahkan bantuan diberikan kepada kanak-kanak yang tercekik itu.
Kemudian terdapat dua cara untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak tercekik, yang pertama tundukkan kanak-kanak dan tepuk belakang kanak-kanak sebanyak lima kali untuk membina satu kuasa untuk menolak keluar objek yang tercekik. Yang kedua adalah dengan berdiri di belakang mangsa, genggam tangan kanan dan letakkan dibahagian antara pusat dan tulang rusuk, kemudian ‘kunci’ dengan menggunakan tangan kiri dan tolak ke arah ‘in and up’ untuk membina kuasa menolak objek yang tercekik itu tadi. Jika kanak-kanak kecil gunakan sebelah tangan sahaja dan daya tolakan atau tekanan adalah kurang. Lakukan sebanyak lima kali atau sehingga mangsa pengsan dan hubungi 999.
Bantuan untuk bayi tercekik adalah berbeza. Anda harus pastikan terlebih dahulu sebab bayi tersebut tercekik. Sebagai contoh, sekiranya bayi tersebut demam maka kemungkinan saluran pernafasannya terkena jangkitan kuman. Oleh itu bawa bayi ke institusi perubatan dengan segera. Sementara itu biarkan bayi itu bebas berbaring untuk mencari sendiri posisi yang selesa baginya.
Namun sekiranya bayi tersebut betul-betul tercekik sesuatu objek, dukung bayi dengan keadaan kepalanya lebih rendah dari badannya kemudian letakkan tangan kanan atau ibu jari dan kelingking dibawah dagu bayi (cengkam) dan telangkupkan bayi dan letakkan di bahagian tangan kanan, dengan menggunakan kaki tampung tangan yang memegang bayi tadi. Posisi yang terbaik bagi melakukan kaedah ini adalah posisi duduk.
Setelah itu tepuk belakang bayi sebanyak lima kali, pusingkan semula bayi dan lakukan compression seperti di dalam kaedah CPR sebanyak lima kali. Ulang kitaran tersebut hingga objek tersebut keluar.
Semasa melakukkan tepukan dan compression tersebut perhatikan mulut dan hidung bayi sekiranya kelihatan sebarang objek, sekiranya ada, cuba tarik objek itu keluar. Jika semasa kita lakukan kaedah ini, bayi pengsan segera hubungi 999 dan lakukan CPR.
No comments:
Post a Comment