Wednesday, August 15, 2012

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA UMUR 2 – 4 TAHUN


Pada usia kanak – kanak 2 – 3 tahun , mereka suka main olok – olok seperti main masak – masak , menyuap anak patung dan boleh berimaginasi sesuatu blok sebagai kereta dan keretapi . Selain itu , mereka boleh menghasilkan rekaan sendiri menggunakan alat mainan . Mereka juga suka bertanya banyak soalan itu dan ini serta suka cerita yang penuh dengan unsur fantasi . Mereka boleh menghasilkan muzik menggunakan objek yang terdapat di taska  dan boleh menghasilkan kad rekaan sendiri dengan bimbingan guru contoh kad hari ibu , kad raya dan sebagainya . Kanak – kanak pada usia ini juga sudah boleh membentuk pupet jari dengan bimbingan dan bercerita secara kreatif .

Pada tahap peringkat umur 3 – 4 tahun , kanak – kanak boleh menghasilkan sesuatu ciptaan melalui pelbagai bentuk , tekstur , warna dan medium . Selain itu , mereka boleh bercerita semula menggunakan kreativiti sendiri dan boleh melahirkan idea dalam bentuk gambar . Kanak – kanak juga boleh memilih prop yang sesuai untuk mainkan sesuatu peranan dan melakonkan peranan tertentu seperti ahli keluarga . Disamping itu , mereka juga sudah boleh mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru contohnya warna putih dicampurkan warna hitam akan menghasilkan warna kelabu . Mereka pada usia ini juga boleh memilih alat , bahan , dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu juga boleh melakonkan peranan tertentu seperti guru , doktor dan pesakit dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk melakonkan peranan tertentu .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...